Buku Pilihanku

Saturday, May 29, 2010

Kenangan aku, kau & DIA.


Apakah benar..aku tidak pernah kau cintai?
Apakah benar..aku terpaksa kau nikahi?

Lupakah kau…? Aku adalah wanita pilihanmu, wanita yang kau lamari, wanita yang kau nikahi...dengan restu keluargamu dan keluargaku …aku, keluargaku dan keluargamu tidak pernah memaksamu untuk memilih aku…
Lupakah kau…? Aku telah menjadi isterimu yang sah…aku telah menjadi ahli keluargamu…aku ini adalah tanggungjawabmu..amanah untukmu…dan akulah milikmu yang halal…

Salahkah aku? Jika aku meminta sesuatu darimu…
Aku tidak meminta lebih darimu… aku telah menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri dan juga menantu….justeru itu, aku juga mahu kau menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang suami..aku hanya inginkan layanan yang baik darimu, kasih sayangmu, dan juga perhatianmu..Terlalu banyak atau sukarkah permintaanku ini untuk kau penuhi?

Jika benar..aku tidak pernah kau cintai…
Apakah tujuan sebenarmu menikahiku? Adakah sekadar teman di sisimu? Aku masih tertanya-tanya. Pelbagai andaian muncul di fikiranku tetapi jawapannya ada di tanganmu.

Maafkan aku..
Aku tidak mahu menunggu lagi…
Sampai bila kita harus begini?
Aku telah memberi ruang dan peluang untukmu..
aku meminta penjelasan darimu.. bukannya alasan…
nyata, kau masih tidak cukup jujur padaku…

Salahkah aku?
Aku hanya mencari jawapan yang tidak mahu kau berikan…
Aku hanya mencari kebenaran yang kau sembunyikan selama ini…
Masih salahkah aku?






Ruang dan peluang yang aku berikan, kau persiakan..
Aku bukanlah boneka…
Aku adalah manusia..punya perasaan..hatiku terluka..tetapi tidak sekalipun kau berusaha untuk mengubatinya…
Masa berlalu..lukaku semakin parah…
Sesungguhnya aku tidak sanggup lagi…
Aku tidak sanggup lagi walaupun sesaat lagi denganmu..
Keputusan harus dibuat!
Kutuntut perpisahan ini..walaupun jauh di sudut hatiku..aku sangat mengasihimu…
Maafkan aku, jika aku telah bertindak lebih cepat darimu…
Maafkan aku, jika aku secara tidak langsung telah merosakkan rancanganmu yang telah kau atur untuk kepentingan dirimu, demi menjaga air mukamu..

Ingatlah…
Yang benar, tetap benar..
Yang salah, tetap salah..
Tak usahlah menegakkan benang yang basah…
Lebih memalukan jika kebenaran itu terbongkar..
Hentikanlah fitnahmu..
Hentikan lakonanmu..

Ingatlah..
sesungguhnya setiap manusia itu tidak sempurna.. 
namun kita mampu membaiki ketidaksempurnaan itu.


kembalilah..
kembalilah kepada fitrahmu...

Insaflah dan bertaubatlah…

p/s: 
Ditulis satu masa dahulu(baru terjumpa semula)...ditulis kerana kebenaran yang tidak dapat diluahkan...hanya mampu dipendam...demi kebaikan semua..
biarlah Allah yang menjadi pengadilnya....
Kenangan pahit denganmu akan kusemat rapi dalam hatiku....kerana dalam kepahitan itu ada kemanisan...kenangan manis antara aku dgn Tuhanku...
Ku teruskan hidup ini dengan impian yang baru...impian Cinta denganNya! 
Kepada semua pembaca...
Doakanlah diri ini...semoga masih ada cahaya buatku...




No comments:

Post a Comment