Buku Pilihanku

Saturday, April 24, 2010

Merisik khabar

Assalamualaikum buat sidia yang aku kenali...
Apa khabar dirimu di sana?
Harapanku, semoga dirimu dalam sejahtera hendaknya.. 
Masih ingatkah dirimu pada diriku? Atau... apakah dirimu sebenarnya telah lama melupakan aku?
Ketahuilah....diriku masih mengingatimu...sebagai seseorang yang pernah mengusik hati dan yang lebih penting seseorang yang diriku hormati...kenangan antara dirimu dan diriku...masih segar diingatanku...mana mungkin diriku dapat melupakanmu... 
Namun,
Fahamilah....bahawa... kenangan itu adalah kenangan...kenangan adalah masa lalu...
Fahamilah... bahawa kehadiran ku kini bukan untuk menyambung semula kenangan yang telah lama pergi.... kehadiranku kini hanya sebagai kenalan lama...dan aku tidak meminta lebih dari itu..kerana aku tahu...banyak yang telah berubah..diriku bukan diriku yang dulu...begitu juga dengan dirimu...Aku hanya sekadar ingin merisik khabarmu..
Seandainya dapat dirimu fahami..maka sambutlah salamku ini...jika tidak, aku meredhainya...aku tidak akan pernah menyalahkanmu kerana diriku tahu dan faham bahwa keputusanmu itu pasti ada sebabnya..

Wednesday, April 21, 2010

Bukan semua dapat memahami...

Bukan semua dapat memahami..apa yang tersurat dan apa yang tersirat...
Bukan semua dapat memahami..apa yang kita perjuangkan dan untuk apa kita berjuang..
Bukan semua dapat memahami..apa yang kita katakan dan apa yang kita maksudkan...
Adakalanya..lain yang kita maksudkan, lain pula yang mereka tafsirkan....
Itulah perjuangan yang disalahertikan...

Buat dirimu yang aku kenali dari kejauhan...
Seorang insan berjiwa kental.. Seorang insan berjiwa besar..
Biarpun ramai yang tidak memahamimu..Masih ada insan yang memahami perjuanganmu...
Biarpun ramai yang menentangmu...Masih ada insan yang menyokong perjuanganmu..

Oleh itu..
Janganlah bersedih hati dengan apa yang mereka katakan.....
Janganlah berputus-asa dengan apa yang mereka lakukan..
Mereka itu bukan siapa-siapa...kerana DIA sudah cukup bagimu..
DIA akan mempermudahkan segalanya untukmu...

Teruskanlah perjuanganmu atas nama kebenaran yang sebenar-benarnya..!

Tuesday, April 13, 2010

Hikmah di sebalik musibah, Musibah di sebalik nikmat?

Manakah yang lebih baik?
Mendapat kenikmatan atau musibah?

Satu ketika dulu..ketika musibah pernah menimpa ....diri ini begitu sayu .. sedih...hinggakan tak terkata....yang kedengaran hanyalah rintihan hati yang menjerit ditemani hujan air mata....Oh Tuhan! Mengapa aku? Apakah dosaku? Adakah ini hukumanMu buatku?

Kemudian diri ini mempelajari bahawa musibah itu sebenarnya adalah satu ujian....
Ujian untuk meningkatkan darjat seseorang apabila seseorang itu berjaya menempuhi sesuatu ujian dengan penuh redha dan sabar....
Di sebalik musibah yang menimpa ada hikmah yang menanti...menunggu masa untuk ditemui....sama ada cepat atau lambat...
Apabila ditemui...rupa-rupanya...ia adalah takdir yang terbaik.

Hari ini....diri ini mempelajari satu perkara lagi....
Rupa-rupanya...ada ujian lain yang jauh lebih besar dari musibah yang menimpa iaitu ...
Kenikmatan!
Mengapa?
Seandainya kita ditimpa musibah yang besar...tidak ada sesiapun yang dapat menolong kita kecuali Allah...hanya Allahlah tempat mengadu...hanya Allahlah tempat kita meletakkan pergantungan...biar sebesar manapun keperitan yang dialami, namun segalanya akan berakhir dan kembali pada Allah.
Sebaliknya, jika kita dianugerahi kenikmatan yang tiada taranya..apakah mungkin kita akan mengingati Allah?
Oleh itu....ujian yang paling besar sebenarnya ialah apabila kita diuji dengan kenikmatan...kenikmatan yang selalunya membuatkan kita lupa hakikat diri kita sebenarnya...memandu kita jauh dari Tuhan...

Jangan ditangisi musibah yang melanda kerana ada pasti ada hikmah yang menyusul kemudian...
Syukuri kenikmatan yang diperoleh....jangan sampai nikmat menjadi musibah!

Sunday, April 4, 2010

Sekali terluka

Ramai manusia yang jatuh cinta dan bercinta. Ramai juga yang akhirnya putus cinta.
Ada yang berkali-kali putus cinta, namun masih belum serik untuk bercinta lagi. Ada juga yang baru sekali sahaja putus cinta tapi sudah cukup serik untuk bercinta lagi.
Duhai hati yang serik …janganlah dirimu berputus asa dari rahmat Allah….Cinta yang gagal adalah didikan bukannya hukuman. Belajarlah dari kegagalan cinta yang lalu. Janganlah menghukum dirimu kerananya. Hidup ini penuh kejutan. Siapa tahu? mungkin ada cinta yang bakal merawati kelukaanmu. Yang pasti ada CINTA buatmu!

Berbahagialah…

Lihatlah di sekelilingmu…berapa ramai manusia yang kini sedang berbahagia….di samping teman hidup yang dicintai…sedangkan diri ini masih sendiri…merawat kelukaan yang lalu….menanti bahagia yang masih belum pasti….sesekali… terbit juga rasa cemburu yang tak tertahan dari dalam hati…timbul juga pelbagai persoalan di fikiran: Mengapa mereka dan bukan aku? Apalah dosaku?Apa kurangnya aku? Bilakah bahagia akan menjadi milikku? Apakah ada bahagia untukku? atau memang inikah takdir hidupku?

Duhai hati yang sedang berduka…..usah dicemburui kebahagiaan mereka…tapi, hitunglah setiap kebahagiaan yang dimiliki olehmu…

Ya! Memang benar mereka sedang berbahagia, namun apakah benar mereka benar-benar sedang bahagia???? Selama manakah kebahagiaan akan bertahan? Apakah jaminannya?

Ya! Memang benar kedukaan sedang menyelimutimu, namun apakah benar dirimu benar-benar tidak bahagia?????

Lihatlah dirimu…disebalik kedukaanmu sebenarnya ada bahagia…bahagia yang tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasai….kebahagiaan yang jauh lebih abadi…..renungilah kembali perjalananmu ketika hatimu dilukai…ketika dirimu tidak ada daya dan upaya…ketika penderitaan tidak mampu ditanggung….ketika dirimu bagaikan kehilangan roh untuk meneruskan kehidupan…ketika dirimu merasakan bahawa kematian itu adalah jauh lebih baik berbanding hidup di dunia realiti yang kejam….apapun yang dirasakan ketika itu, hakikatnya, kini dirimu masih di sini…..masih bernafas, masih meneruskan kehidupan, masih mampu tersenyum…semuanya kerana..adanya DIA.

DIA yang mendampingimu ketika dia berpaling darimu …DIA yang mendengar rintihanmu ketika dia memekakkan telinganya, DIA yang memberikan kekuatan dan pertolongan ketika dia mengabaikanmu…DIA yang memujuk hatimu sedangkan dia menjauh darimu, semuanya mampu dilalui kerana adanya DIA! Seandainya dirimu dilimpahi kebahagiaan…apakah mungkin dirimu akan menyedari dan merasai kewujudanNya? KekuasaanNYA? Kasih-sayangNYA?

Oleh itu…berbahagialah dengan kasih sayangNya! berbahagialah mengikut definisi sendiri! Cara sendiri!

Hilangnya cinta menemukan CINTA

Aku cinta padamu! . Perkataan yang begitu mudah untuk dilafazkan! Namun, bukan mudah untuk kita jatuh cinta dan bukan mudah untuk mengekalkan rasa cinta.

Indahnya hidup ini bila cinta berbalas. Dunia terasa begitu indah penuh warna-warni menambah seri kehidupan. Namun sebaliknya, bila cinta tidak dapat bertahan sebagaimana yang diharapkan. Dunia yang dulu penuh ceria kini bertukar suram. Ya, begitulah keadaannya bila putus cinta, bila yang dicintai mengkhianati cinta, bila yang dicintai tidak lagi mahu mencintai. Cintanya untuk kita telah pergi sedangkan cinta kita masih di sini membuat kita merana. Ke mana harus dibuang cinta yang tinggal? Di mana harus mencari ganti cinta yang hilang? Haruskah diratapi kehilangan cinta?

Buat saudaraku yang mungkin kini sedang kehilangan cinta. Janganlah bersedih lagi! Usah ditangisi cinta yang telah pergi. Sapulah air matamu. Jika cinta mu hilang, janganlah dirimu berputus asa. Carilah cinta yang terbaik buat dirimu atau mungkin saja dirimu akan menemukan CINTA!

Mulakan pencarian cinta/CINTAmu!

Lupakan cinta…ingatlah CINTA!

Bila bicara tentang cinta, pastinya cinta yang dimaksudkan adalah cinta kepada manusia. Alangkah bahagianya hidup ini seandainya kita dapat mencintai dan dicintai. Lebih bahagia lagi, jika dapat hidup bersama dengan orang yang kita cintai yang juga mencintai kita. Cinta yang lahir daripada perasaan kasih dan sayang, keserasian dan komitmen untuk sama-sama menempuhi kehidupan yang mendatang disempurnakan dengan ikatan perkahwinan. Kehidupan bertambah sempurna dengan kehadiran zuriat yang menyerikan kehidupan. Kemeriahan hidup dirasai dengan bertambahnya bilangan ahli keluarga sepanjang perkahwinan. Tambah bermakna jika zuriat yang dilahirkan membesar menjadi anak yang baik lagi soleh serta menyejukkan hati ibubapa. Namun, inikah namanya cinta? Inikah erti bahagia?

Semua orang ingin merasai kemanisan bercinta dan kebahagiaan hidup berkeluarga. Jika inilah erti cinta dan bahagia, bagaimana pula orang lain yang kurang bernasib baik dalam percintaan? Adakah tiada cinta maka tiada bahagia?

Sekiranya dirimu memiliki cinta, maka bersyukurlah atas kurniaan cinta yang dianugerahkan buatmu. Di puncak kebahagiaanmu, janganlah sekali-kali dirimu mengabaikan perasaan yang lain yang tidak dapat memiliki cinta seperti mana yang dirimu miliki. Bersederhanalah dirimu dalam tutur kata dan tingkahlakumu. Kebahagiaan yang dimiliki bukanlah milikmu untuk selama-selamanya. Bila-bila saja boleh ditarik balik!

Seandainya cinta yang dinanti-nantikan masih belum berkunjung tiba ataupun tidak kesampaian, maka bersabarlah. Cinta yang tepat akan datang bila sampai masa dan ketikanya. Seandainya cinta yang ditunggu-tunggu tetap tidak hadir, maka redhalah kepadaNya. Pujuklah hatimu. Janganlah bersedih hati. Cinta tidak dapat menjanjikan bahagia. Lihatlah berapa ramai manusia yang menderita akibat cinta dari makhluk bernama manusia. Bukalah mata hatimu. Lihatlah CINTA yang jauh lebih besar dan lebih Agung iaitu CINTA kepada PENCIPTA. Cinta yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi dapat dirasai dengan hati. Cinta yang ada ‘warranty’ kebahagiaan, tiada ‘time limit’ dan tidak terhad di dunia sahaja. Bukankah itu yang lebih baik dan menguntungkan buat diri kita?

Fikir-fikirkan…

Lupakan cinta…ingatlah CINTA!