Buku Pilihanku

Friday, September 10, 2010

Kupohon...

Ya Allah..
aku memohon kepadamu...
berikanlah aku kekuatan...
kekuatan untuk mengingatiMu...
kekuatan untuk mencintaiMu....
kekuatan untuk melaksanakan perintahMu...
kekuatan untuk menegakkan kebenaranMu...

Thursday, June 17, 2010

Di mana DIA dihatiku?

Di mana DIA dihatiku????
Penulisan yang benar-benar menyentuh hati ini.
Bacalah...pasti banyak manfaatnya....

http://genta-rasa.com/2010/03/25/di-mana-dia-di-hatiku/

Monday, June 14, 2010

Cinta...cinta...cinta....

Cinta...cinta...cinta.....
Semua orang ingin merasai nikmatnya percintaan. Naluri manusia inginkan percintaan, dari kanak-kanak sampailah ke tua, semuanya ingin bercinta dan masih ingin bercinta. Namun nasihatku, jangan lupa bahawa cinta itu bukan hanya nikmat. Ada pelbagai rasa. Ada suka bagi yang dilamun cinta. Ada duka bagi yang dikhianati cinta. Dan ada resah bagi yang masih belum bertemu cinta. Bertambah resah bila bertambahnya usia.

Cinta..cinta..dan cinta....ohhh!!!!

Duhai teman...dengarkanlah bicaraku ini seandainya dirimu masih ingin mendengarkannya. Mengapa masih resah dan gelisah? Mengapa masih menunggu cinta yang belum pasti. Usahlah berterusan dalam resah dan gelisahmu. Bangunlah dari mimpi yang penuh kepalsuan.
Realitinya, hidup ini bukan hanya untuk bercinta. Hidup ini ada tanggungjawab. Hidup ini ada matlamat. Selidikilah hakikat kejadianmu, laksanakanlah tanggungjawabmu, bergeraklah menuju matlamatmu yang lebih pasti.

'DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali'

Saturday, May 29, 2010

Kenangan aku, kau & DIA.


Apakah benar..aku tidak pernah kau cintai?
Apakah benar..aku terpaksa kau nikahi?

Lupakah kau…? Aku adalah wanita pilihanmu, wanita yang kau lamari, wanita yang kau nikahi...dengan restu keluargamu dan keluargaku …aku, keluargaku dan keluargamu tidak pernah memaksamu untuk memilih aku…
Lupakah kau…? Aku telah menjadi isterimu yang sah…aku telah menjadi ahli keluargamu…aku ini adalah tanggungjawabmu..amanah untukmu…dan akulah milikmu yang halal…

Salahkah aku? Jika aku meminta sesuatu darimu…
Aku tidak meminta lebih darimu… aku telah menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri dan juga menantu….justeru itu, aku juga mahu kau menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang suami..aku hanya inginkan layanan yang baik darimu, kasih sayangmu, dan juga perhatianmu..Terlalu banyak atau sukarkah permintaanku ini untuk kau penuhi?

Jika benar..aku tidak pernah kau cintai…
Apakah tujuan sebenarmu menikahiku? Adakah sekadar teman di sisimu? Aku masih tertanya-tanya. Pelbagai andaian muncul di fikiranku tetapi jawapannya ada di tanganmu.

Maafkan aku..
Aku tidak mahu menunggu lagi…
Sampai bila kita harus begini?
Aku telah memberi ruang dan peluang untukmu..
aku meminta penjelasan darimu.. bukannya alasan…
nyata, kau masih tidak cukup jujur padaku…

Salahkah aku?
Aku hanya mencari jawapan yang tidak mahu kau berikan…
Aku hanya mencari kebenaran yang kau sembunyikan selama ini…
Masih salahkah aku?






Ruang dan peluang yang aku berikan, kau persiakan..
Aku bukanlah boneka…
Aku adalah manusia..punya perasaan..hatiku terluka..tetapi tidak sekalipun kau berusaha untuk mengubatinya…
Masa berlalu..lukaku semakin parah…
Sesungguhnya aku tidak sanggup lagi…
Aku tidak sanggup lagi walaupun sesaat lagi denganmu..
Keputusan harus dibuat!
Kutuntut perpisahan ini..walaupun jauh di sudut hatiku..aku sangat mengasihimu…
Maafkan aku, jika aku telah bertindak lebih cepat darimu…
Maafkan aku, jika aku secara tidak langsung telah merosakkan rancanganmu yang telah kau atur untuk kepentingan dirimu, demi menjaga air mukamu..

Ingatlah…
Yang benar, tetap benar..
Yang salah, tetap salah..
Tak usahlah menegakkan benang yang basah…
Lebih memalukan jika kebenaran itu terbongkar..
Hentikanlah fitnahmu..
Hentikan lakonanmu..

Ingatlah..
sesungguhnya setiap manusia itu tidak sempurna.. 
namun kita mampu membaiki ketidaksempurnaan itu.


kembalilah..
kembalilah kepada fitrahmu...

Insaflah dan bertaubatlah…

p/s: 
Ditulis satu masa dahulu(baru terjumpa semula)...ditulis kerana kebenaran yang tidak dapat diluahkan...hanya mampu dipendam...demi kebaikan semua..
biarlah Allah yang menjadi pengadilnya....
Kenangan pahit denganmu akan kusemat rapi dalam hatiku....kerana dalam kepahitan itu ada kemanisan...kenangan manis antara aku dgn Tuhanku...
Ku teruskan hidup ini dengan impian yang baru...impian Cinta denganNya! 
Kepada semua pembaca...
Doakanlah diri ini...semoga masih ada cahaya buatku...




Thursday, May 20, 2010

Bila berharap pada manusia....

Hidup ini ibarat roda yang berputar..kadangkala kita berada di atas dan kadang kala kita berada di bawah...bila tiba giliran kita di bawah.....kita tidak dapat lari daripada meminta pertolongan yang lain...kerana kita hanyalah manusia biasa...kita tidak mampu melakukan segalanya bersendirian....namun tidak semua manusia lain mahu membantu atau benar-benar ingin membantu....
Itulah realitinya, bila harapan diletakkan pada manusia, manusia akan selalu mengecewakan..........

Tuhanku....
hanya Engkaulah tempat aku mengadu dan hanya Engkaulah tempat aku memohon pertolongan....

Saturday, April 24, 2010

Merisik khabar

Assalamualaikum buat sidia yang aku kenali...
Apa khabar dirimu di sana?
Harapanku, semoga dirimu dalam sejahtera hendaknya.. 
Masih ingatkah dirimu pada diriku? Atau... apakah dirimu sebenarnya telah lama melupakan aku?
Ketahuilah....diriku masih mengingatimu...sebagai seseorang yang pernah mengusik hati dan yang lebih penting seseorang yang diriku hormati...kenangan antara dirimu dan diriku...masih segar diingatanku...mana mungkin diriku dapat melupakanmu... 
Namun,
Fahamilah....bahawa... kenangan itu adalah kenangan...kenangan adalah masa lalu...
Fahamilah... bahawa kehadiran ku kini bukan untuk menyambung semula kenangan yang telah lama pergi.... kehadiranku kini hanya sebagai kenalan lama...dan aku tidak meminta lebih dari itu..kerana aku tahu...banyak yang telah berubah..diriku bukan diriku yang dulu...begitu juga dengan dirimu...Aku hanya sekadar ingin merisik khabarmu..
Seandainya dapat dirimu fahami..maka sambutlah salamku ini...jika tidak, aku meredhainya...aku tidak akan pernah menyalahkanmu kerana diriku tahu dan faham bahwa keputusanmu itu pasti ada sebabnya..

Wednesday, April 21, 2010

Bukan semua dapat memahami...

Bukan semua dapat memahami..apa yang tersurat dan apa yang tersirat...
Bukan semua dapat memahami..apa yang kita perjuangkan dan untuk apa kita berjuang..
Bukan semua dapat memahami..apa yang kita katakan dan apa yang kita maksudkan...
Adakalanya..lain yang kita maksudkan, lain pula yang mereka tafsirkan....
Itulah perjuangan yang disalahertikan...

Buat dirimu yang aku kenali dari kejauhan...
Seorang insan berjiwa kental.. Seorang insan berjiwa besar..
Biarpun ramai yang tidak memahamimu..Masih ada insan yang memahami perjuanganmu...
Biarpun ramai yang menentangmu...Masih ada insan yang menyokong perjuanganmu..

Oleh itu..
Janganlah bersedih hati dengan apa yang mereka katakan.....
Janganlah berputus-asa dengan apa yang mereka lakukan..
Mereka itu bukan siapa-siapa...kerana DIA sudah cukup bagimu..
DIA akan mempermudahkan segalanya untukmu...

Teruskanlah perjuanganmu atas nama kebenaran yang sebenar-benarnya..!