Buku Pilihanku

Sunday, April 4, 2010

Berbahagialah…

Lihatlah di sekelilingmu…berapa ramai manusia yang kini sedang berbahagia….di samping teman hidup yang dicintai…sedangkan diri ini masih sendiri…merawat kelukaan yang lalu….menanti bahagia yang masih belum pasti….sesekali… terbit juga rasa cemburu yang tak tertahan dari dalam hati…timbul juga pelbagai persoalan di fikiran: Mengapa mereka dan bukan aku? Apalah dosaku?Apa kurangnya aku? Bilakah bahagia akan menjadi milikku? Apakah ada bahagia untukku? atau memang inikah takdir hidupku?

Duhai hati yang sedang berduka…..usah dicemburui kebahagiaan mereka…tapi, hitunglah setiap kebahagiaan yang dimiliki olehmu…

Ya! Memang benar mereka sedang berbahagia, namun apakah benar mereka benar-benar sedang bahagia???? Selama manakah kebahagiaan akan bertahan? Apakah jaminannya?

Ya! Memang benar kedukaan sedang menyelimutimu, namun apakah benar dirimu benar-benar tidak bahagia?????

Lihatlah dirimu…disebalik kedukaanmu sebenarnya ada bahagia…bahagia yang tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasai….kebahagiaan yang jauh lebih abadi…..renungilah kembali perjalananmu ketika hatimu dilukai…ketika dirimu tidak ada daya dan upaya…ketika penderitaan tidak mampu ditanggung….ketika dirimu bagaikan kehilangan roh untuk meneruskan kehidupan…ketika dirimu merasakan bahawa kematian itu adalah jauh lebih baik berbanding hidup di dunia realiti yang kejam….apapun yang dirasakan ketika itu, hakikatnya, kini dirimu masih di sini…..masih bernafas, masih meneruskan kehidupan, masih mampu tersenyum…semuanya kerana..adanya DIA.

DIA yang mendampingimu ketika dia berpaling darimu …DIA yang mendengar rintihanmu ketika dia memekakkan telinganya, DIA yang memberikan kekuatan dan pertolongan ketika dia mengabaikanmu…DIA yang memujuk hatimu sedangkan dia menjauh darimu, semuanya mampu dilalui kerana adanya DIA! Seandainya dirimu dilimpahi kebahagiaan…apakah mungkin dirimu akan menyedari dan merasai kewujudanNya? KekuasaanNYA? Kasih-sayangNYA?

Oleh itu…berbahagialah dengan kasih sayangNya! berbahagialah mengikut definisi sendiri! Cara sendiri!

No comments:

Post a Comment